The Secretariat,
Borneo International Kite Festival,
Bintulu Development Authority (BDA)

No.1, Tanjung Kidurong Road,
P. O 55,
97007 Bintulu.
Tel. No: 086-332011
Fax No: 086-336066 / 086-330099
Hotline: 086-332277
E-mail: bda@bda.gov.my
Website: http://www.bda.gov.my

BDA Copyrights ©

 

 

 
FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA BORNEO BINTULU SARAWAK 2016.

PENGENALAN

Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu telah mula menjadi sebutan pelayang-pelayang kebangsaan dan juga antarabangsa semenjak ianya berjaya dianjurkan pada pertama kalinya pada tahun 2005.

Bertitik tolak daripada permintaan dan sambutan yang mengalakkan, YAB Ketua Menteri Sarawak telah bersetuju untuk menganjurkan acara tersebut secara tahunan dan ianya menjadi identiti tarikan utama di bahagian Bintulu seperti mana Pesta Kaul di Mukah dan Rainforest World Music Festival di Kuching . Dalam hal tersebut YAB Ketua Menteri Sarawak sendiri telahpun mengumumkan bahawa Bahagian Bintulu akan dipopularkan dengan penganjuran Festival Layang- Layang Antarabangsa ini.

Justeru itu, hasil ilham daripada YAB Ketua Menteri Sarawak sendiri, maka Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ini akan dianjurkan sekali lagi pada tahun ini.

Pada tahun ini, Festival ini telah dimasukkan sebagai salah satu acara utama di dalam calendar pelancongan oleh Kementerian Pelancongan. Sepertimana acara utama lain di Sarawak seperti Rainforest World Music Festival, Jazz festival, Pesta Kaul di Mukah, ternyata festival ini telah berjaya meletakkan nama Bintulu di persada mata dunia dalam acara sukan permainan layang-layang dan telah mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada peserta antarabangsa dengan pertambahan peserta setiap tahun dan perakui diantara penganjuran sukan permainan layang-layang yang terbesar di rantau Asia Pasific.

Secara umumnya acara sampingan lain semasa festival dilangsungkan telah mencipta beberapa sejarah di Malaysia dengan 1 kejayaan meletakkan Bintulu dalam rekod- "The Malaysia Book of Records" dengan

  1. Pada tahun 2008 , menerbangkan 1,655 ekor layang-layang secara serentak selama 20 minit di satu lokasi khusus
  2. Pada tahun 2010, menerbangkan 92 set layang-layang berangkai(Train-kites) dengan setiap satu set mempunyai 100 ekor layang-layang diterbangkan secara serentak selama 20 minit
  3. pada tahun 2013, berjaya memecahkan Malaysia Book of Records dengan menerbangkan 2550 ekor layang-layang.
  4. Pada tahun 2014, Berjaya mencipta rekod "The longest Arch Kite Tunnel" iaitu sepanjang 500 meter dengan 2500 layang-layang.
Pada tahun 2013, festival ini telah berjaya menganjurkan acara pertandingan "The 1 st Asia Pacific Sport Kite Championship, Bintulu 2012" dan telah berjaya menarik pasukan dari luar Negara selain daripada penyertaan peserta kebangsaan seperti Jepun, China, Thailand, Singapura, Indonesia dan telah di hakimi oleh juri professional dari England, Jepun, Perancis dan USA dan juga dibantu oleh juri bertauliah dari Malaysia.

Pada penganjuran yang ke-12 tahun 2016 ini, banyak lagi penambaikan telah pun dirancang bagi mempertingkatkan lagi prestij acara ini. Di antaranya adalah seperti acara 3 rd Asia Pacific Sport Kite Championship.

Secara umumnya acara ini telah berjaya menarik kehadiran ribuan pelancong tempatan dari luar Bintulu dan juga penyertaan yang semakin ramai peserta kebangsaan dan antarabangsa dan maklumbalas yang diterima amatlah menggalakkan.

 
 

Projek Gemilang